Ahad, 13 Julai 2008

Radin Mas

Makam Radin Mas terletak di kawasan Telok Blangah.
Radin Mas seorang puteri Jawa dari Majapahit yang telah berhijrah ke Singapura telah mangkat kerana perbuatan ibu tirinya yang kejam. Pada akhir cerita lagenda ini, ibu tirinya telah dipanah petir.

Ibu tiri selalu dianggap sebagai seorang yang kejam dan suka mendera anak tirinya. Adakah fenomena ini masih lagi berlaku di kalangan masyarakat kita?Masihkah ada ibu tiri yang mendera anak-anak suaminya?.
Jika anda mempunyai pengalaman peribadi bolehkah kita berkongsi sama?
Ataupun cerita-cerita yang anda pernah dengar daripada teman-teman?
Catatkan di blog ini ya!

Makam Radin Mas benar-benar wujud.
Lihat gambar-gambar berikut.





Hang Tuah VS Hang Jebat

Laksamana Hang Tuah memang terkenal dalam Sejarah Melayu.Hang Tuah juga dikatakan mengungkapkan kata-kata " Takkan Hilang Melayu Di Dunia. "Watak Hang Tuah dipuji sebagai seorang yang taat setia kepada raja dan sentiasa mempertahankan negara.Walaubagaimanapun adakah perbuatan membunuh Jebat adalah perbuatan yang terpuji?Jebat adalah sahabat yang setia sanggup menderhaka kepada Sultan yang menghukum bunuh Hang Tuah tanpa usul periksa kerana difitnah. Jika Hang Tuah tidak membunuh Jebat apakah kesudahan ceritanya?Mari kita bincangkan bersama.......

Tonton video ini yang mengisahkan Jebat dibunuh oleh Hang Tuah.



Sekarang tonton pula sedutan video ketika Sultan Mahmud mangkat(meninggal).

Diari Kompas



Hai murid-murid.....

Adakah semua murid sudah pun mendapat salinan suratberita keluaran yang pertama?MMM...pada sesiapa yang wajahnya tertera di situ mesti berasa bangga, cantiknya aku atau kacaknya aku....hahahahaha

Sudah dibaca ke belum? Seronok ke tidak? Berikanlah pendapat anda...Saya tunggu tau

Selasa, 8 Julai 2008

Cerita Lagenda

Badang adalah lambang kemegahan pada zaman Melayu dahulu. Badang terkenal dengan kekuatannya yang luarbiasa.Walaubagaimanapun adakah Badang benar-benar wujud?
Berikan pendapat kamu....

Tonton sedutan video ini..

Catatan Peribadi

Blog ini direka khas untuk semua murid-murid Sekolah Rendah Compassvale.
Marilah kita berkongsi catatan mengenai diri anda.