Ahad, 13 Julai 2008

Hang Tuah VS Hang Jebat

Laksamana Hang Tuah memang terkenal dalam Sejarah Melayu.Hang Tuah juga dikatakan mengungkapkan kata-kata " Takkan Hilang Melayu Di Dunia. "Watak Hang Tuah dipuji sebagai seorang yang taat setia kepada raja dan sentiasa mempertahankan negara.Walaubagaimanapun adakah perbuatan membunuh Jebat adalah perbuatan yang terpuji?Jebat adalah sahabat yang setia sanggup menderhaka kepada Sultan yang menghukum bunuh Hang Tuah tanpa usul periksa kerana difitnah. Jika Hang Tuah tidak membunuh Jebat apakah kesudahan ceritanya?Mari kita bincangkan bersama.......

Tonton video ini yang mengisahkan Jebat dibunuh oleh Hang Tuah.



Sekarang tonton pula sedutan video ketika Sultan Mahmud mangkat(meninggal).

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tidak patut Hang Tuah membunuh kawan baiknya sendiri.Ia memang akan dipuji,tetapi kawan-kawannya yang lain akan berasa dendam dengan sikap Hang Tuah itu.Hang Jebat berniat baik dan mahu menolong Hang Tuah digantung mati.Hang Tuah hanya mahu orang memuji sifatnya yang tidak pernah derhaka dengan sultan.Kalau saya menjadi Hang Lekiu,saya akan membalas balik perbuatan Hang Tuah.Darah bersama Darah

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa Hang Tuah tidak boleh membunuh kawan baiknya, Hang Jebat.Sebaliknya, Hang Tuah membunuh Sultan.

Tanpa Nama berkata...

kasihan dia

CyberWellnessGirl xD berkata...

saya pernah melihat video ini juga di youtube..memang betul apa Syazwani cakap itu...

CyberWellnessGirl xD berkata...

saya pernah melihat video ini juga di youtube..memang betul apa Syazwani cakap itu...

Tanpa Nama berkata...

Kasihan Hang Jebat.Patutnya Sultan yang dibunuh kerana menyuruh Hang Jebat untuk membunuh Hang Tuah