Makam Radin Mas terletak di kawasan Telok Blangah.
Radin Mas seorang puteri Jawa dari Majapahit yang telah berhijrah ke Singapura telah mangkat kerana perbuatan ibu tirinya yang kejam. Pada akhir cerita lagenda ini, ibu tirinya telah dipanah petir.
Ibu tiri selalu dianggap sebagai seorang yang kejam dan suka mendera anak tirinya. Adakah fenomena ini masih lagi berlaku di kalangan masyarakat kita?Masihkah ada ibu tiri yang mendera anak-anak suaminya?.
Jika anda mempunyai pengalaman peribadi bolehkah kita berkongsi sama?
Ataupun cerita-cerita yang anda pernah dengar daripada teman-teman?
Catatkan di blog ini ya!
Makam Radin Mas benar-benar wujud.
Lihat gambar-gambar berikut.


